Wednesday, November 18, 2009

Tutorial - Natural Color

Salam Pesona....
Saya tidaklah sepandai mana dan masih banyak yang perlu saya pelajari, dan saya rasa tiada salahnya berkongsi ilmu yang tidak seberapa. Lebih banyak kita berkongsi lebih banyak ilmu yang kita dapat, insyallah. Tetapi maaf la gambar2 ini hasil dari kamera biasa.... tiada editing dibuat.


Peralatan Makeup yang saya gunakan ialah seperti diatas...... oopppsss saya terlupa nak letak eye shadow warna brown yang saya gunakan untuk kening.... Sori

Saya hanya gunakan jenama naturactor untuk base foundation, lepas tu sapukan loose powder jenama marykay, Dan jangan lupa bersihkan bulu2 kening yang serabut tu... hehehehe



Kemudian sapukan base eye shadow, saya gunakan udpp, jgn lupa sapukan dibawah mata juga. Luna disapu diatas tulang kening manakala eye shadow brule (MAC) di sapu seluruh mata. Sapu sehingga rata.



Kemudian sapukan warna satin taupe (MAC) seperti gambar diatas tu... Blendkan warna tu keatas dengan mengikut lingkungan bentuk bebola mata kita buat sampai warna itu rata dan kemas



So jadi cam gini bila mata dibuka...




Tambahkan warna hitam diatas warna satin taupe tu tadi dan ratakan warna hitam itu tadi supaya nampak natural blendkan warna hitam hanya separuh sahaja, lihat gambar diatas....


Sesudah ditambah warna hitam (carbon)

Selepas tu sapukan camouflage stick (MaluWilz) untuk dibawah mata, dia ni cam celak la selalu orang pakai warna hitam kan, haa.. ni warna putih kan sekarang ni trend. Juga sapukan Kajal pencil diatas mata juga dari produk MaluWilz. Lukiskan mengikut bentuk mata.

Pakai bulu mata... ni no 976 saya beli di sg wang... sapa2 nak bole call saya. Promot la pulak... Okey jika anda dah letak bulu mata palsu tu kan.. Celak Kajal tadi tu x berapa nampak jadi jangan takut gariskan lagi diatas bulu mata palsu tu biar nmpak tebal sikit... k

Lukiskan kening, disini saya menggunakan eye shadow warna espresso dari marykay. Sudah siap, teknik ni boleh dilakukan untuk ke majlis tidak formal.
Selamat mencuba dari saya.....

1 comment: