Sunday, January 3, 2010

GAMBAR PENGANTIN

Salam Pesona....


Terlalu lama rasanyer saya membiarkan blog ini tanpa sebarang aktiviti, teguran dari teman2 seangkatan pun banyak saya terima dan untuk tidak menghampakan semua saya postkan gambar2 yang sudah saya terima dari photographer, hanya sekeping setiap pengantin sahaja ye yang lain akan saya postkan kemudian.... jangan tamak2 tak baik kan.... hehehehehehe...



Paparan 1 - Persandingan Ummu Athiah dan Areff (18/10/2009).
Hanya gambar Ummu Athiah (kakak) sahaja yang saya terima, masih menunggu gambar adiknyer Ummu Anis...




Paparan 2 - Majlis Bertandang Ummu Athiah Dan Areff (25/10/2009).




Paparan 4 - Majlis Bertandang Rosyada dan Rashdan (1/11/2009)





Paparan 5 - Pertunangan Nini (5/12/2009)
Job dari Zielynn Andaman - gambar koleksi saya bukan dari photographer




Paparan 6 - Persandingan Noreen Dan Muaiz (5/12/2009)



Paparan 7 - Persandingan Azlinda (13/12/2009)
Ini adalah dari koleksi saya, kamera biasa bukan dari photographer.





Paparan 8 - Persandingan Siti Kahdijah (6/12/2009)
Gambar belum pakai lipstik lagi.....




Paparan 9 - Persandingan Sapinah Dan Ramlee (20/12/2009)
Bukan dari photographer....




Paparan 10 - Majlis Bertandang Nor Sapura (26/12/2009) - bukan dari photographer





Paparan 12 - Malam Berinai Mar (26/12/2009) - juga bukan dari photographer



Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010





Selamat Tahun Baru pada semua mengunjung blog ini, terutama keluarga dan sahabat yang saya kasihi, terima kasih diatas sokongan anda semua... Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan kegembiraan buat semua. Tidak adil bagi saya menyebut nama satu persatu cukuplah hanya dengan perkataan SEMUA harapan saya perkataan itu mewakili keluarga, sahabat dan para pengunjung blog ini yang mana saya kenali atau tidak. Harapan saya tahun 2010 ini menbawa sinar harapan buat semua....

SELAMAT TAHUN BARU
AZAM BARU
SEMANGAT BARU
KEYAKINAN BARU


Salam Pesona....

Wednesday, December 9, 2009

TUTORIAL - SATIN TAUPE AND GOLD PIGMENT

Salam Semua....




Sementara saya menunggu gambar2 dari photographer, saya sekali lagi merajinkan diri buat tutorial, kali ini saya menggunakan pigment warna gold dari Mac. Sekarang ni Mac sedang membuat promosi koleksi pigment dan lipgloss, so sapa2 ya berminat tu cepat2 la g kaunter mac lepas ni okey..., tak mahal 5 warna pigment (size kecil) berharga $135 shj sama ler dgn lipgloss.. tak rugi beli... Khas buat Yong... ha ini la tutorialnyer ye... aku ni demam2 pun buat jugak untuk ko tau! lepas ni belanja aku lipstik Mac.. hehehehehe






Ini lah peralatan alat solek yg diperlukan.... yg tiada dlm gambar adalah Kajal Pencil MaluWilz dan Power Point (Mac) sori terlupa...





Step 1 - Mulakan seperti biasa la pakai foundation, loose powder dan udpp (eye base). Dan untuk kali ini saya gunakan paint pot (rubenesque) warna gold. Sapukan diseluruh kelopak mata seperti gambar diatas ni, setelah itu dapkan pigment warna gold. Caranyer anda perlu dapkan pigment pada tangan dahulu jika anda tidak yakin dan takut pigment terjatuh dibawah mata... Jika yakin dapkan terus pada mata dengan berhati2 dan setelah itu baru sapukan secara ringan pada kelopak mata yg anda sapukan paint pot td... x perlu kemas....




Step 2 - Sapukan warna satin taupe diseluruh kelopak mata dan blendkan ia agar warna nmpk lg kemas dan licin. Blend hanya pada kelopak mata shj terkeluar sikit x pe la, k



Step 3 - Ini setelah diblend... kan nampak kemas dan halus warna dia kan? Buat sampai anda berpuas hati....




Step 4 - Tambahkan warna carbon (hitam) dan blendkan ia agar nmpak halus dan kemas .... so klau tgk gambar sebelah kiri tu warna carbon cam dah terlebih kawasan la org ckp, jgn bimbang... lepas tu kita tambahkan warna satin taupe dikawasan yg si carbon ni termasuk tadi, okey... Don wori




Step 5 - Setelah tu lukiskan kajal pencil MaluWilz diatas kelopak mata sapu tu biar tebal sedikit dan dibawah mata tu sapukan power point (Mac) dia cam celak itam la senang citer... lukiskan sampai hujung anak mata itam kita tu.. tgk dalm gambar dah lepas tu blendkan ia... so jadi cam gambar sebelah tu... hanya dibawah saja yg diblend yg diatas tu tak yah.




Step 6 - Dibawah yg saya lukiskan dgn power point td saya sapukan dengan humid (Mac), ini ikut suka citarasa anda, jika minat kaler biru bole letak biru jika suka ungu bole letak ungu... saya suka kaler hijau so saya letak Humid...dan blend ia jgak. Dan setelah itu sapukan power point di garisan airmata.



Step 7 - Kali ini saya gunakan bulu mata no 28 jugak saya beli di Sg Wang, bole tgk gambarnyer dibawah ini.


Bulu mata No.28







Selamat Mencuba......

Monday, November 23, 2009

TUTORIAL - MAC AND MARYKAY

Salam Pesona...


Saya suka nak buat tutorial ni lagi sebab banyak mendapat galakkan dari kawan2 saya... tq semua, walaupun saya rasa ianya tidak lah sehebat. Tutorial kali ini saya ingin mencuba gabungan warna dari produk Mac dan Marykay, expensive pink dan sketch dari Mac dan chocolate kiss dari Marykay. Okey jom kita belajar sama2.....



Peralatan makeup yang saya gunakan dalam tutorial kali ini......



Kali ini saya gunakan dermacolor tuk base foundation saya dan disudahi dengan Mac studio fix compact. Setelah itu saya sapukan eye base seperti biasa Udpp. Kening saya siap dilukis dengan pencil celak berwarna coklat tua.





Setelah itu saya sapukan shadestick (butternutty) dari Mac, sapu seluruh kelopak mata sahaja terlebih pun tidak menjadi kesalahan, selalunyer saya gemar menyapu paint pot dari Mac tapi kali ni saya mencuba shadestick ... agak kering sedikit berbanding paint pot, mmmmm.... mungkin mata saya dah kertu kott.... hehehehehehehe...






Lepas tu saya sapukan warna expensive pink (Mac) separuh mata dan separuh lagi dengan chocolate (Marykay), buat separuh2 hanya dikelopak mata sahaja tempat yang disapu shadestick tadi. Sapukan dengan jari garisan perbezaan warna td.. hanya digarisan itu okey... senang cakap ditengah2 warna tadi tu la... tujuan buat camtu agar warna tadi sebati.




Sketch disapu diatas campuran warna tadi senang cakap di garisan socket mata... sapu dengan menggunakan socket brush. Sapu hanya dibahagian socket sahaja. Tengok dalam gambar diatas tu....


Lepas tu blend warna sketch tu sampai rata dan kemas. Jika terkurang warna tu tambah sikit dan blend lagi sampai warna dia jadi seperti diatas tu...





Sapukan warna sketch jugak dibawah mata dan setelah itu sapukan brule (Mac) diatas tulang kening... sapu dan blendkan sedikit dengan warna sketch tadi.




Kemudian lukiskan kajal pencil (MaluWilz) diatas dan dibawah mata...





Untuk kali ni saya gunakan bulu mata palsu no 720 bole guna didapati di Sg Wang... hahahaha promot lagi... tapi yang ni harga mahal sikit.





Okey dah siap!!!...


Cuba jangan tak cuba.... Jumpa lagi

Wednesday, November 18, 2009

Tutorial - Natural Color

Salam Pesona....
Saya tidaklah sepandai mana dan masih banyak yang perlu saya pelajari, dan saya rasa tiada salahnya berkongsi ilmu yang tidak seberapa. Lebih banyak kita berkongsi lebih banyak ilmu yang kita dapat, insyallah. Tetapi maaf la gambar2 ini hasil dari kamera biasa.... tiada editing dibuat.


Peralatan Makeup yang saya gunakan ialah seperti diatas...... oopppsss saya terlupa nak letak eye shadow warna brown yang saya gunakan untuk kening.... Sori

Saya hanya gunakan jenama naturactor untuk base foundation, lepas tu sapukan loose powder jenama marykay, Dan jangan lupa bersihkan bulu2 kening yang serabut tu... hehehehe



Kemudian sapukan base eye shadow, saya gunakan udpp, jgn lupa sapukan dibawah mata juga. Luna disapu diatas tulang kening manakala eye shadow brule (MAC) di sapu seluruh mata. Sapu sehingga rata.



Kemudian sapukan warna satin taupe (MAC) seperti gambar diatas tu... Blendkan warna tu keatas dengan mengikut lingkungan bentuk bebola mata kita buat sampai warna itu rata dan kemas



So jadi cam gini bila mata dibuka...




Tambahkan warna hitam diatas warna satin taupe tu tadi dan ratakan warna hitam itu tadi supaya nampak natural blendkan warna hitam hanya separuh sahaja, lihat gambar diatas....


Sesudah ditambah warna hitam (carbon)

Selepas tu sapukan camouflage stick (MaluWilz) untuk dibawah mata, dia ni cam celak la selalu orang pakai warna hitam kan, haa.. ni warna putih kan sekarang ni trend. Juga sapukan Kajal pencil diatas mata juga dari produk MaluWilz. Lukiskan mengikut bentuk mata.

Pakai bulu mata... ni no 976 saya beli di sg wang... sapa2 nak bole call saya. Promot la pulak... Okey jika anda dah letak bulu mata palsu tu kan.. Celak Kajal tadi tu x berapa nampak jadi jangan takut gariskan lagi diatas bulu mata palsu tu biar nmpak tebal sikit... k

Lukiskan kening, disini saya menggunakan eye shadow warna espresso dari marykay. Sudah siap, teknik ni boleh dilakukan untuk ke majlis tidak formal.
Selamat mencuba dari saya.....

Sunday, November 8, 2009

MAKEOVER AINA DAN LAILA

Salam Pesona....

Lama sungguh saya merancang untuk menambah koleksi produk Mac, ahad yang lalu terlaksana impian itu. Ini adalah antara produk yang saya beli iaitu pp (paint pot), 4 warna eye shadow, berus foundation, lipstik 2 warna dan fix compact powder. Saya amat meminati produk2 dari Mac tapi hari tu saya singgah di BB ( Bobby Brown ) lawa2 jgak warna eye shadownyer ingat nak sambar 2-3 kaler tapi dah over budget.... sabar2 banyak bertenang...... hehehehehe.



Balik rumah masa untuk makeover, biasa la kan dapat warna baru.... tp sapa nak jadi model????? ahaaa.... Aina, Laila meh sini! hehehehe... Sebenarnyer Aina dan Laila tu anak pompuan saya so asjik makeover muka sendiri je kan boring... tp saya hanya pakaikan mereka compact powder saje al maklum la kan, kang rosak pulak kulit mulus anak saya tu. Mula2 kakaknyer Aina, meh sini cepat mak dah x sabaq dah ni.....


Kemudian adiknyer lak, Laila... mula2 si Laila ni jual mahal tp bila dah tgk kakaknyer lawo dia pun nak makeover jgak siap cakap lagi nak kaler apa...
Makeover 2 beradik ni memamg kelakar sebab si Aina dan Si Laila ni asjik ketawa ni, sampai nak ambik gambar bole tahan2 ketawa sampai saya yang nak ambik gambar pun ketawa so, eeeeeee budak ni dok diam2 mak nak ambik gambo!

Wednesday, October 28, 2009

PERSANDINGAN SARINAH DAN NAZA

Tarikh : 3/05/2009
Tempat : Dewan Taman Jati, Rawang
Makeup by : Pesona Ros
Produk : Krayolan, Mac dan Marykay
Pelamin dan Busana : Ibu Saadiah, Kuang Sg Buluh
Photographer : Jay






Terlalu lama saya menunggu gambar dari Jay ini, tapi walaubagaimana pun saya berterima kasih pada Mastura kerana sudi emailkan gambar2 ini. Ini adalah pengantin pertama berketurunan mamak yang saya makeupkan pada hari tersebut. Tidak banyak masalah kerana kulit Sarinah agak cerah dan tiada jerawat cuma kesan lebam dibawah mata dan keadaan kulitnyer yang agak kering







Ini sahaja gambar malam berinai yg diemailkan oleh Mastura, Sarinah mengadakan majlis pertunangan pada sebelah pagi, saya tak ingat pukul berapa (lama dah x ingat sori...) dan sebelah petang pukul 4.30 majlis pernikahan dijalankan dan saya masih ingat lagi kerana salah faham tiada jurugambar merakamkan gambar disekitar upacara pernikahan dilangsungkan hanya lensa kamera dari sanak saudara. Kalau tak silap, saya hanya menambahkan warna biru dihujung mata tuk menampakkan kelainan dari makeup pertunagannyer kerana baju nikah berwarna putih dan berlabuci biru... cantikkk sgt baju tu tp sayang tiada gambar tuk di paparkan...