
Peralatan makeup yang saya gunakan dalam tutorial kali ini......
Kali ini saya gunakan dermacolor tuk base foundation saya dan disudahi dengan Mac studio fix compact. Setelah itu saya sapukan eye base seperti biasa Udpp. Kening saya siap dilukis dengan pencil celak berwarna coklat tua. 
Setelah itu saya sapukan shadestick (butternutty) dari Mac, sapu seluruh kelopak mata sahaja terlebih pun tidak menjadi kesalahan, selalunyer saya gemar menyapu paint pot dari Mac tapi kali ni saya mencuba shadestick ... agak kering sedikit berbanding paint pot, mmmmm.... mungkin mata saya dah kertu kott.... hehehehehehehe...

Lepas tu saya sapukan warna expensive pink (Mac) separuh mata dan separuh lagi dengan chocolate (Marykay), buat separuh2 hanya dikelopak mata sahaja tempat yang disapu shadestick tadi. Sapukan dengan jari garisan perbezaan warna td.. hanya digarisan itu okey... senang cakap ditengah2 warna tadi tu la... tujuan buat camtu agar warna tadi sebati.
Sketch disapu diatas campuran warna tadi senang cakap di garisan socket mata... sapu dengan menggunakan socket brush. Sapu hanya dibahagian socket sahaja. Tengok dalam gambar diatas tu....
Lepas tu blend warna sketch tu sampai rata dan kemas. Jika terkurang warna tu tambah sikit dan blend lagi sampai warna dia jadi seperti diatas tu...
Sapukan warna sketch jugak dibawah mata dan setelah itu sapukan brule (Mac) diatas tulang kening... sapu dan blendkan sedikit dengan warna sketch tadi.
Untuk kali ni saya gunakan bulu mata palsu no 720 bole guna didapati di Sg Wang... hahahaha promot lagi... tapi yang ni harga mahal sikit.
Cuba jangan tak cuba.... Jumpa lagi



Terima Kasih
ajeet pun suke guna bulu mata palsu 720 kat sg wang tue... sanggup berkejar ke sg wang lepas balik keje kalu stock da habis... hehehe
ReplyDeletesalam kenal....sa slalu guna kombinasi cam tu utk nmpk fresh.biasanya akad nikah la cam tu
ReplyDeletelawa lah bulu mata tu..
ReplyDeletekt sg wang kedai mane eh?
susah nak carik brg2 kt sg wang..
boleh sesat...