Sunday, October 31, 2010

SALAM SEMUA..

MAAF SEBAB LAMA TAK MENG UP DATEDKAN BLOG KCT NI...

OK PADA SEMUA YG BERMINAT TUK SERVIS MAKEUP KCT SILA HUBUNGI KCT DI NO 017 2273579... NI KERANA NO DIATAS TIDAK LAGI KCT GUNAKAN... APA2 SILA ADD KCT DI FB Kct Rasheed ATAU EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN DI ALAMAT EMAIL DIATAS... MAAF DIATAS KESULITAN YER....

SEKIAN TERIMA KASIH.....

Wednesday, March 24, 2010

PERSANDINGAN KEMBAR AWIN DAN AZUA

Tarikh : 21 Mac 2010
Tempat : Pantai Hill Park
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Busana & Pelamin : Mekar Pelamin
Photographer : YattHafiz



(klik pada gambar)



Job dari Mekar Pelamin. Kali ini Kct ditugaskan untuk makeupkan Awin manakala Azua dimakeupkan oleh Puan Marlini (sori kalau silap nama) silap nama taukeh butik kena tolak markah hehehehee. Kali ni Kct ditemani Kak Yati, huhuhuhu sesat la... salah masuk simpang la pulak PPR banyak tapi nama PPR Permai tak ada... puas ler pusing2 rupanyer seberang jalan. Apa la ko T ( panggilan Kak Yati) salah masuk simpang laaaa....., pada hal Kct yang bawa kereta heehehee tapiii dia yg baca map hahahhaa dua2 salah la senanggg..... Tq Awin, semoga berkekalan hingga keakhir hayat, Amin.


MAJLIS BERTANDANG AYUNI DAN FITRI

Tarikh : 14 Mac 2010
Tempat : Bukit Sentosa, Rawang
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Pelamin : ZieLynn Butik


(klik pada gambar)



Job dari ZieLynn Butik. Atas kepercayaan Zie Kct terima lagi job darinya, terima kasih daun keladi ye Zie hehehehe... Ok kali ni dalam sejarah Kct tak sesat! yeaayyyyy senang jek nak kerumahnyer arahan yang diberi oleh Ayuni memang tepat. Ayuni datang lewat dari yang dijanjikan, nak kena babab ni. Dah siap makeup tiara dan bunga tangan Ayuni lupa bawak... nasib baik Ayuni sempat call adik dia minta bawakan. Sementara menunggu tu sempat la kami yang berada dalam bilik tu bergurau senda termasuk lah citer Fitri nak tackle Ayuni, susah rupanyer nak takcle dia. Tiara dah sampai!!!!!..... apa lagi kelam kabut la Kct pakaikan sebab terlajak masa dari jadual... huhuhuhu...... Tolonggg. Apa2 pun semuanya ok!

PERNIKAHAN IHA

Tarikh : 12 Mac 2010
Tempat : Taman Sri Gombak
Makeup By : Kct (Pesona Ros)


(klik pada gambar)



Iha adalah pengunjung blog Kct dan mungkin kerana rezeki dia minta Kct makeupkan dia pada hari pernikahannya. Pada awalnyer masa pernikahan lepas isyak tapi diubah pada pukul 8 mlm. Jadinyer Kct terpaksa datang awal untuk makeupkan Iha. Memang sesat pun datang rumah dia hahahhaa adoiii ratu sesat la Kct ni. Semua hantaran dibuat oleh Iha cantik ada bunga hidup lagi..... Iha mula risau sebab bakal suaminyer ketika itu tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.... Alhamdulillah berkat doa Iha segala yang dirancang berjalan lancar.

PERSANDINGAN SABRINA DAN SULAIMAN

Tarikh : 28 Febuari 2010
Tempat : Ampang
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Busana & Pelamin : Hasry Butik
Photographer : Hasry Team


(klik pada gambar)



Job pertama dari Hasry Butik. Kct sesat jugak kerumah Sabrina ni hehehee minah sesat aku ni la.... Bukan apa cuma salah lorong je, sampai2 jek tgk banner nama lain n tarikhnyer semlm alamakkkk !!!! aku ni salah tarikh ker ni....... bisik hati Kct. Telepon Hasry salah masuk lorong la.... hehehehe malu jek. Tengok pelamin, baju, hantaran, set bilik tidur, langsir semuanyer kaler merah hati.... Amboiii merah sangat la mak ngah, kelewatan pengantin lelaki merisaukan Sabrina hari tu pengantin lelaki selamat sampai cuma lewat 40 minit dari jadual asal. Apa2 pun mereka selamat bersanding walaupun agak terlewat dan kena la si Sulaiman tu membayar tol yg berlapis2 sebelum duduk diatas pelamin....

PAPARAN 21

PERTUNANGAN AQILLA

Tarikh : 27 Febuari 2010
Tempat : Desa Pandan
Makeup By : Kct (Pesona Ros)



(klik pada gambar)


Ini adalah job kedua dari Mekar Pelamin, job pertama Kct dengan Mekar Pelamin ialah makeupkan Fiza di Bandar Country Home kalau tak salah Kct. Terima Kasih Kct ucapkan...... Kct memang sesat bila nak datang rumah Aqilla ni sebab tengok dalam map google jalan tu boleh masuk tapi rupanyer tak boleh, jenuh la nak cari jalan masuk akhirnya jumpa jugak walaupun terpusing cari jalan.....Cantik pelamin dari Mekar Pelamin tu serba biru, tengok baju dia biru jugak sah la fav kaler dia mesti biru la kan cuma Aqilla minta agar keningnyer tidak diusik... Tq kerana sudi emailkan gambar.

PAPARAN 20

PERNIKAHAN IZAN

Tarikh : 26 Febuari 2010
Tempat : Taman Sri Gombak
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Busana : ZieLynn Butik



(klik pada gambar)


Ini adalah job dari ZieLynn Butik, terima kasih Zie sebab beri job ni. Insyaallah Kct akan buat yang terbaik untuk setiap pelanggan yang diberi. Maaf la ye sebab kualiti gambar kali ni agak terang sangat rasanyer sebab masa Kct snap gambar, mentari sedang memancarkan sinarnyer.... Wah cam judul lagu la pulak ye... Selamat Berbahagia Izan. Kct akan makeupkan Izan untuk bertandang nanti so tunggu la makeover untuk Izan lagi ye.

PAPARAN 19

PERTUNANGAN SARAH

Tarikh : 21 Febuari 2010
Tempat : Jalan Perantau, Klang
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Photographer : Azman (Warna Pixel)



(klik pada gambar)


Sarah ni adalah kenalan Kct masa kelas makeup dulu... Kami sering berhubung dan sama2 bertukar2 cerita. Kct tak sangka dia nak Kct makeup untuk hari pertunangannya. Menggigil tangan Kct makeupkan si Sarah ni, sebab dia pun tak kurang hebatnya bersolek tau...... Rumah Sarah berdekatan dengan rumah mak mertua Kct, jadi tak ler sesat cuma terbabas simpang jek. Hehehee....

PAPARAN 18

PERTUNANGAN MAISARA

Tarikh : 20 Febuari 2010
Tempat : Bangi
Makeup By : Kct (Pesona Ros)



(klik pada gambar)



Kct kenal Maisara ni melalui adik dia Farah, pelajar Uia. Kct kenal Farah pulak masa Kct makeupkan Farah dan kawan2 untuk pertandingan nyanyian, Gambar2 tu akan Kct uploadkan kemudian ye.... Baik hati Farah sponsor makeup untuk pertunangan kakak dia ni. Harap Farah berpuas hati ye dengan solekan Kct ni.

PAPARAN 17

PERTUNANGAN FARAH

Tarikh : 15 Febuari 2010
Tempat : Kuchai Lama
Makeup By : Kct (Pesona Ros)



(klik pada gambar)


Farah ni Kct kenal masa makeup tunang kakaknyer Ninie dan tak sangka Farah sudi nak Kct makeup dia jugak pada hari pertunangannyer... terima kasih ye Farah. Kct harap pertunangan ini kekal hingga kejinjang pelamin, Aminnn.....

PAPARAN 16

PERSANDINGAN ROZIE

Tarikh : 14 Febuari 2010
Tempat : Bandar Tun Razak, Cheras
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Busana & Pelamin : Ilham Airid

Photographer : Husaini



(klik pada gambar)



Job dari Ilham Airid, terima kasih sebab beri Kct peluang ini harap dapat berkerjasama dimasa akan datang ye Ain.... Masa Kct nak datang rumah Rozie ni sesat jugak hehehehe sesat lagi tapi nasib baik jumpa. Masa sampai Kct tak kenal yang mana satu Rozie sebab tak pernah bersua muka hanya dengar suara je... Rozie peramah dan kelakar orangnyer tapi yang Kct geram mata dia mudah berair sampai gam bulu mata palsu susah nak lekat rasa nak cari gam gajah je... hehehhee jangan marah Rozie Kct gurau jek.....






Tuesday, March 23, 2010

PAPARAN 15

PERTUNANGAN FARADILLA

Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat : Tanjung Karang
Makeup By : Kct (Pesona Ros)
Photographer : Yatthafiz



(klik pada gambar)




Pertunangan Dilla berlangsung dirumah neneknyer di Tanjung Karang. Kct kenal dengan Dilla pun bila sampai disana kerana sepupu Dilla yang bersms dengan Kct untuk makeupkan si Dilla ni... Sapa nama dia yek... Kct dah lupa la... haaaa Anita, hantaran pertunangan Dilla dibikin oleh emaknyer... cantikkk. Rumah nenek dia ditepi sawah, buka tingkap je nampak sawah padi, angin sepoi2 bahasa... perggghhhh best giler. Kct datang dengan Kak Yati, dia selalu ikut tuk snapkan gambar2 tuk Kct.... kamera canggih tu. Sudah makeup kami disuruh makan mula2 jual mahal la, kata kenyang la apa la bila tengok kerabu pucuk paku alamak!!! sedapnyer terus senduk nasi... hahahahaa sedap la.. masih Kct teringat2 lagi sedapnyer kerabu dia.... Anita nnt bertunang buat kerabu lagi ye....